Apa itu Kaunseling?

  • Kaunseling bukan bererti nasihat, walaupun terdapat nasihat yang diberikan. Malah Pegawai Psikologi tidak memberi jawapan secara langsung kepada semua persoalan klien, kerana apa yang baik untuk Pegawai Psikologi tidak semestinya baik juga untuk klien. Keistimewaan khidmat kaunseling ialah ia membimbing klien mencari sumber dirinya yang menyumbang kepada isu yang dihadapi. Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah penting dalam menghasilkan perubahan diri.
  • Hubungan kaunseling adalah berbentuk dua hala. Pegawai Psikologi cuba memahami dengan mendengar dan memberikan layanan serta interaksi yang baik, manakala klien memperihalkan masalah mereka dan cuba memahami dan mengambil tindakan menguruskan masalah tadi. Proses aksi dan reaksi di antara Pegawai Psikologi dan klien turut membantu klien mengenali diri dan persoalan yang dihadapinya.
  • Kaunseling menggerakkan klien memahami diri dari segi kelemahan yang menghasilkan masalah dalam hidup dan bagaimana klien terdedah kepada permasalahannya. Oleh itu, fokus perbincangan adalah pada diri klien dan peranannya dalam permasalahannya, bukan masalahnya.
  • Kaunseling merupakan satu proses pembelajaran semula. Pembelajaran semula berlaku melalui perkongsian cerita atau penglahiran peras.
     

Mitos Khidmat Kaunseling

  • Kaunseling adalah nasihat.
     
  • Hubungan kaunseling hanya sehala.
     
  • Kaunseling lebih mementingkan masalah daripada manusia (klien).
     
  • Kaunseling menyelesaikan masalah atau persoalan hidup.

 

Rumusan

         Kaunseling adalah proses pertolongan yang professional yang bertujuan membantu individu memahami dirinya dan persekitarannya. Aplikasi Psikologi dan Kajian Kes Kaunseling yang dikongsikan ini hanya sebahagian daripada pelbagai kes yang pernah dikendalikan dalam sesi kaunseling. Teknik-Teknik yang dikongsikan juga adalah teknik-teknik kemahiran asas menolong. Oleh yang demikian, dicadangkan agar berjumpa dengan Kaunselor untuk mendapatkan bantuan selanjutnya.