Pengenalan Rakan Pembimbing

Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam merupakan nama khusus bagi pegawai yang dilantik sebagai pembimbing rakan sekerja sepertimana yang dikehendaki dalam arahan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 18 Tahun 2005 – Panduan Aplikasi Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam. AKRAB merupakan agen penggerak kepada pelaksanaan budaya kerja kelas pertama dalam perkhidmatan awam. Ia diwujudkan dengan objektif bagi menyediakan medium perantaraan untuk memberi peluang pegawai berfungsi secara efektif dalam usaha membantu pengurus sumber manusia perkhidmatan awam.

AKRAB membawa maksud amanah, komitmen, rasional, akhlak, bestari, yang merupakan ciri-ciri penting perlu ada pada seorang rakan pembimbing. AKRAB juga merupakan penjenamaan semula versi rakan pembimbing, pembimbing rakan sekerja, pegawai khidmat nasihat, pegawai khidmat kaunseling dan pelbagai nama yang merujuk kepada peranan sebagai rakan pembimbing di agensi. Ini bermakna, dalam perkhidmatan awam, pegawai yang memainkan peranan sebagai rakan pembimbing keseluruhannya akan dikenali sebagai Ahli AKRAB.

AKRAB berkonsepkan rakan membantu rakan dengan memupuk semangat berpasukan, keakraban dan membina potensi masing-masing. Ianya juga merupakan kelompok sokongan yang menekankan hubungan humanistik. Realitinya, pegawai berasa lebih selesa berbincang dengan rakan berbanding pegawai atasan mereka.

Misi

  • Melaksanakan aktiviti khidmat membimbing kepada warga Kementerian;
  • Membantu pegawai yang memerlukan bantuan dalam menghadapi permasalahan kehidupan;
  • Bertindak sebagai perantaraan antara pegawai dengan kaunselor dalam membuat saringan kesesuaian masalah; dan
  • Mewujudkan hubungan baik dengan pihak pengurusan sumber manusia di agensi bagi memudahkan pelaksanaan aktiviti AKRAB.

Visi

Menjadikan AKRAB sebagai penggerak pembangunan modal insan dalam pengurusan sumber manusia. 

Moto

AKRAB Cemerlang,Perkhidmatan Awam Terbilang

 

Laman Web AKRAB JPM

http://rakan.jpm.gov.my/