Siapakah yang layak untuk menerima Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling di Jabatan Perdana Menteri?

Jawapan:

Semua pegawai dan kakitangan yang berkhidmat di mana-mana agensi atau jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri adalah layak untuk menerima perkhidmatan psikologi dan kaunseling dari Pegawai Psikologi Jabatan Perdana Menteri.

Adakah keluarga (isteri dan anak) pegawai dan kakitangan boleh mendapat mendapatkan Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling di Jabatan Perdana Menteri?

Jawapan:

Keluarga (isteri dan anak) pegawai dan kakitangan yang berkhidmat di mana-mana agensi atau jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri adalah layak mendapatkan Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling.

REKOD PERIBADI

Adakah rekod peribadi saya akan terjejas apabila berjumpa dengan Pegawai Psikologi untuk mendapatkan khidmat kaunseling dan nasihat?

Jawapan:

Tidak. Rekod peribadi anda tidak akan terjejas apabila anda berjumpa dengan Pegawai Psikologi.

PERKHIDMATAN KAUNSELING

Bagaimana saya boleh mendapatkan perkhidmatan kaunseling dari Pegawai Psikologi?

Jawapan:

Perkhidmatan kaunseling yang diberikan oleh Pegawai Psikologi boleh dilakukan melalui e-mail, telefon atau bersemuka.

Email

Anda boleh menghantar e-mail kepada Pegawai Psikologi jika anda malu untuk datang berjumpa terus. Susulan dari itu, jika perlu barulah anda boleh membuat temujanji dengan Pegawai Psikologi.

Telefon

Anda boleh menghubungi terus Pegawai Psikologi melalui telefon. Sekiranya ketika itu Pegawai Psikologi boleh meluangkan masa untuk anda, bolehlah mengutarakan apa-apa isu kepada Pegawai Psikologi. Susulan itu, jika perlu barulah anda boleh membuat temujanji dengan Pegawai Psikologi.

Bersemuka

Ini adalah yang terbaik. Anda boleh bersemuka terus dengan Rakan Pembimbing (melalui temujanji yang telah dibuat terlebih dahulu) kerana ini akan melancarkan komunikasi, khidmat diberikan akan lebih mudah dan mempercepatkan proses penyelesaian isu dan cabaran.